Khamis, 21 September 2017

Tip Ingin Di Hormati Orang Lain

Kita sering tertanya, mengapa kita sukar untuk dihormati oleh orang lain. Apa salah kita? Apa yang telah kita buat? Untuk dihormati oleh orang lain, banyak caranya. Jom kita berkongsi beberapa cara untuk kita dihormati tidak kisah dalam apa jua situasi pun.

Cara 1: Hormati Diri Orang Lain


Sehebat mana kita, sekaya mana kita, hormatilah orang lain walaupun orang yang tidak sama taraf dengan kita. Apabila kita menghormati orang lain, biasanya secara automatik mereka juga akan menghormati kita.


Belajarlah merendah diri sesekali, walaupun waktu itu kita berhadapan dengan seorang tukang sapu di pejabat kita. Jangan terlalu sombong dan Ego kerana kita ketua di situ.


Formula mudah di sini: Untuk dihormati, maka kita perlu hormati orang lain.


Cara 2: Hormati Pendapat Orang Lain


Jika kita lihat, inilah yang tidak banyak berlaku. Masing-masing dengan pegangan sendiri dan teramat sukar untuk menghormati pendapat orang. Lain orang lain pandangan hidup dan caranya.


Jangan kita asyik menunding jari mencari salah orang lain, sedangkan kerja yang kita lakukan belum tentu semmpurna di sisi Allah SWT.


Bagi saya, perasaan susah untuk menghormati pendapat orang lain adalah datang daripada seruan syaitan yang mana akhirnya membuatkan dua manusia bertelagah satu sama lain. Padahal tiada siapa yang salah. Sebaliknya semuanya betul, cuma cara atau pandangan sahaja yang berbeza. Jadi, belajarlah menghormati pendapat orang lain dan jangan sampai syaitan ketawa berdekah-dekah melihat anak adam bertelagah sesama sendiri tanpa ada sebab yang kukuh.


Hormatilah orang lain, insyaAllah hati kita tenang dan hidup orang lain pun tenang. Dan yang lebih enak, pendapat kita pun juga akan dihormati oleh orang lain.


Cara 3: Menghargai


Jika ada peluang untuk menghargai orang lain, hargailah walaupun sekadar ucapan terima kasih. Ia tidak sukar untuk diucapkan. Berikan sebuah senyuman dan ucapkan terima kasih. Jangan jadi orang yang sombong dan jangan jadi orang yang amat kedekut untuk menghargai orang lain.
Setakat ini, sejauh mana kita berterima kasih (menghargai) kepada orang bawahan kita. Yang mempermudahkan hidup kita, berterima kasih kepada ibubapa kita, kepada guru, pensyarah, kawan-kawan, bos, tukang sapu sampah (cleaner) dan ramai lagi orang di sekeliling kita. Janganlah hanya apabila kita diberi wang atau material baru kita mahu menghargai dan berterima kasih.
Untuk menghargai tidak semestinya dengan ucapan terima kasih. Mungkin dengan sedikit pujian yang ikhlas (jangan lebih-lebih pulak), memberi hadiah dan juga doakan kebaikan untuk mereka.


Kesimpulan
Jika diperhatikan tiga kaedah di atas, semuanya berbentuk MEMBERI. Lumrah alam ini atau fitrah manusia, jika kita memberi biasanya kita akan menerima benda yang sama atau lebih kurang daripada itu.


Bak kata pepatah Melayu, “ORANG MEMBERI KITA BERBAHASA” Dan lumrah alam juga kalau kita ‘menyakiti’ orang lain, biasanya kita akan menerima perkara yang lebih kurang sama (balasan), sama ada daripada mereka, orang lain atau terus daripada Tuhan Yang Maha Adil.
Di mana saja kita, apa jua situasi, selagi boleh, cubalah untuk menghormati orang lain. Hormati diri mereka dan cara/pendapat mereka.


MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...