Isnin, 31 Julai 2017

7 Tips Untuk Memilih Durian Terbaik

Durian sangat terkenal di Asia Tenggara dan diminati ramai terutamanya di Malaysia. Memandangkan sekarang telah masuk musim durian, orang ramai mula mencari ‘raja buah’ ini.
Bagaimanapun, hanya segelintir pembeli yang arif dalam memilih buah durian yang terbaik di mana isi dalamnya semuanya banyak, matang, manis dan pastinya sedap.
Bagi pencinta durian di luar sana yang tidak tahu cara sebetulnya untuk memilih buah durian jangan risau kerana menerusi perkongsian dari Siti Nurjanah ini, anda pasti dapat mengelak daripada terbeli durian yang mengkal dan isinya tidak sedap.

Mari baca tips berguna untuk memilih buah durian ini.

1. Lihat Pada Tangkainya
Durian yang jatuh dari pokok mempunyai tangkai yang agak bergerigi. Jika tangkainya kelihatan rata atau seperti dipotong, kemungkinan besar durian itu telah dipetik sebelum waktunya masak dan disimpan terlebih dahulu. Selain itu, cungkil sedikit kulit tangkainya mengunakan kuku, kalau kilitnya tebal maka isi buahnya pun tebal. Sekiranya bahagian dalam kulitnya berwarna kuning, makan isi buah juga bewarna kuning.

2. Pilih Buah Yang Ringan
Jangan membeli durian berdasarkan beratnya kerana durian yang berat biasanya masih mentah dan isi kandungannya kemungkinan berair atau berbau busuk.

3. Goncang
Jika terasa sesuatu yang bergoncang di dalam buah, bermakna isi kandungannya berjenis kering dan itu merupakan salah satu tanda yang bagus.

4. Berbentuk Bulat
Buah durian yang berbentuk bulat menandakan isi buah durian itu besar. Kebanyakan buah durian yang berbentuk bujur biasanya mempunyai isi yang sedikit.

5. Perhatikan Kulit
Jika kulit buah kelihatan berduri jarang dan besar, ada kemungkinan durian tersebut mengandungi padat. Bagi durian yang bersaiz kecil dan durinya berjarak dekat, isinya pasti agak lembik.

6. Pilih Buah Yang Memiliki Lima Juring (Bilik-Bilik)
Buah durian mempunyai bilik-bilik atau juring yang menempatkan isi dan biji buah. Juring boleh dilihat dari permukaan kulit yang berupa garisan dari bahagian atas sehingga bahagian bawah buah.

7. Aroma / Bau
Ketika memilih durian, cuba hidu baunya dan jika baunya kuat, kemungkinan isi buahnya manis dan matang. Tetapi sekiranya tidak terdapat sebarang bau dari durian itu, mungkin isi kandungannya sudah masuk angin yang membuat rasanya jadi tawar dan hambar.

Sumber- Siti Nurjanah

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...