Khamis, 20 Julai 2017

Mengapa pusat terkeluar ketika hamil?

Pusar atau umbilicus ialah parut yang tertinggal selepas tali pusat dipotong ketika dilahirkan.
Bentuk pusar juga berlainan untuk setiap individu. Ia boleh terkeluar ataupun tenggelam.

Pusat yang terkeluar dikenali sebagai ‘outie’ manakala pusat tenggelam dikenali sebagai ‘innie’.
Namun pusat ‘innie’ juga boleh cembung ketika hamil. Terutamanya bermula trimester kedua.
Ini berlaku apabila perut mula membesar dengan cepat dan pusat tertolak keluar.

Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami pusat terkeluar sepenuhnya. Namun tidak semua mengalaminya.

Perlukah anda risau dengan pusat terkeluar?

Sebenarnya, pusat terkeluar ketika hamil merupakan perkara yang normal. Kerana apabila perut membesar, wujudnya tekanan di kawasan ini.

Walaubagaimanapun, pusat terkeluar juga merupakan tanda hernia tali pusat. Sekiranya terdapat rasa sakit dibahagian timbul atau pusat, ia mungkin hernia.

Hernia ialah jangkitan yang normal pada bayi. Namun, jangkitan ini turut boleh terjadi kepada wanita hamil.

Tetapi kalau anda nak tahu, hernia memberikan risiko yang lebih besar kepada bayi di dalam kandungan.

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengesyaki ianya hernia tali pusat?

Apa yang terbaik untuk anda buat ialah membiarkan ia pulih dengan sendiri. Kerana sebarang prosedur semasa hamil adalah berisiko tinggi.

Tetapi, jika keadaan menjadi lebih serius, pembedahan perlu dilakuan. Komplikasi ini adalah sangat jarang berlaku.

Ingat, anda perlu memberinya perhatian jika mula rasa tidak selesa atau sakit.

Sama ada pusat terkeluar atau tenggelam, berbanggalah dengan kehamilan anda.

Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah dan hanya wanita sahaja yang boleh merasainya.

Jangan risau, pusat anda akan kembali ke bentuk asal selepas habis berpantang nanti.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...