Khamis, 16 Februari 2017

Honda Light 50, Hanya Dengan Dua Gear Kelajuan

Biarpun sudah berumur 54 tahun, ia masih mampu beraksi dengan cemerlang di jalan raya.
Nama Honda sememangnya agak sinonim dan terkenal sebagai satu syarikat pengeluaran motosikal terbesar dunia.
Antara yang mendapat permintaan tinggi dunia adalah jenisCub dan sejak dilancar pada 1958 sehingga kini, hampir 70 juta jentera dijual

Di Malaysia pula, sejak ia dibawa masuk oleh Boon Siew Honda sudah lebih 2 juta unit motosikal cup pelbagai varian sudah terjual.
Namun antara yang agak sukar ditemui kini adalah model Light 50. Ia turut dikenali dengan Honda Port Cub Light C240, bersesaran 49cc yang dilancar sekitar tahun 60-an.

Kelibat jentera itu untuk dilihat beraksi di jalan raya mungkin agak sukar untuk ditemui.
Namun, siapa sangka model berkenaan masih lagi boleh ditemui di Gunung Semanggol, Perak, di mana ia mampu beraksi dengan cemerlang dan kekal asli.

Jentera buatan 1963 milik Mohd Rozi Mohd Salleh, 47, kekal terpelihara keasliannya dan unik selepas menjalani proses naik taraf dan baik pulih.
Ruangan enjin tidak diusik, sebaliknya hanya perumah rangkaian kuasa itu disaluti krom untuk kelihatan lebih menawan.
Penukaran karburetor asal kepada komponen Honda EX5, memberikan kelancaran bagi enjin dan penambahan ekzos binaan khas, menjadikan ia sedikit bertenaga biarpun bersesaran rendah.
Uniknya jentera ini, ia hanya mempunyai dua gear kelajuan sahaja. Bagi gear satu, kaki perlu ditekan belakang terlebih dahulu dan seterusnya ditekan dua kali pada hadapan untuk memasuki gear kedua.
Malah, ia sedikit ‘pelik’ kerana proses untuk menghidupkan enjin perlu di lakukan pada sebelah kiri. Pelik bukan? Itulah keunikan yang dibuat Honda melalui model berkenaan.
Jentera berusia 54 tahun, masih lagi mengekalkan komponen asal seperti enjin, penyerap hentak, hendal, lampu dan sebagainya.
Bagaimanapun yang menarik perhatian penulis adalah perumah khas dibina pada rangka motor bagi menyembunyikan sistem pendawaiannya dan turut bertindak sebagai dada plastik unik pada jentera.
Bahagian roda pula ia menggunakan rim Honda C70, selain tempat duduk menerima sentuhan binaan khas.
Ditanya sejarah asal pemilikan jentera ini, pemilik memaklumkan ia dibeli pada harga yang cukup murah dengan kondisi berkarat dan turut kehilangan banyak komponen asal.
Namun selepas dibawa ke bengkel Ali Motor di Taiping, jentera itu menelan kos lebih RM10,000 dan terpaksa menanti hampir setahun untuk disiapkan dengan padanan komponen asal.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...