Rabu, 15 Februari 2017

20 Perkara Orang Yang Membesar Pada Tahun 80’an Pasti Tahu

Membesar di Malaysia, tak kiralah bila atau tahun berapa tarikh lahir anda, pastinya ada sesuatu pada zaman itu di mana anda meningkat remaja dan tentunya mengingati trend pada zaman itu. Kanak kanak pada zaman 80’an contohnya pasti melalui era ‘perantaraan’ moden dan era digital.
Berikut adalah senarai 20 trend di zaman 80’an yang mungkin diingati kanak kanak pada era itu.
  1. Anda dapat menikmati makanan hanya dengan berbekalkan rm3 sahaja ketika itu. Mi goreng rm1.20-rm1.50, dan minuman hanya 30-60sen sahaja.
  2. Panggung wayang pada zaman 80’an juga lebih kurang sama harganya dengan semangkuk mi goreng.
  3. Kaset menjadi kegilaan para peminat muzik ketika. Memikirkan betapa payahnya kita menggunakan pensil untuk membetulkan semula tali tape jika ‘slip’.
  4. Buku telefon, maaf bukan menggunakan aplikasi yea.
  5. Walkman/Discman. ‘mp3’ era 80an.
  6. Tiada highway pada zaman ini. Nasib tak baik kalau kereta anda rosak di tengah jalan.
  7. Gaji pada zaman dahulu hanya beratus sahaja, mungkin nampak sedikit, tapi boleh beli banyak barang pada masa tu.
  8. Permulaan evolusi ‘fast food’
  9. Pencuci yang serba boleh!
  10. Thunder! Thunder! Thundercats!!
  11. Biskut Gem, kalau tak silap sekarang pun ada lagi. Fuhh!
  12. Haw Flakes. Keluaran China. Hampir sama besar dengan duit 50sen, pun masih ada sehingga kini.

13. Pistol belerang. Sangat popular zaman dulu, dikategorikan sebagai ‘nerf gun’ 80an.
14. Tora!! Sentiasa memberi kejutan kepada kanak kanak zaman itu kerana kita takkan tahu apa yang ada didalam kotak coklat berisi mainan tu.

16. Buku biografi perkenalan. Haha!

17. Getah pemadam. Selain digunakan sebagai pemadam, ianya digunakan sebagai koleksi, atau pun untuk berlawan. Sape kalah pemadam dia bagi kat pemenang!

18. Guli!

19. Mercun Pop Pop. Kebanyakkannya digunakan ketika musim perayaan. Baling je kat sape pun atau mana mana tempat, pasti terkejut dibuatnya walaupun sebenarnya takdela sakit pun hehe.

20. Mainan tangkap tangkap ikan. Diperbuat dari plastik, perhati betul2 bila ‘ikan’ tu naik dan buka mulut, dekat tangkai pancing ade magnet bila kita nak tangkap ‘ikan’ tu. Tak lupa juga mainan luncur ‘penguin’ yang mengasyikkan tu. Sampai habis bateri dibuatnya. Rindunya!!



MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...