Isnin, 29 Ogos 2016

Penyakit Yang Boleh Disembuhkan Dengan Berjalan Kaki

Mencegah serangan jantung

Berjalan kaki dengan cepat melancarkan pengaliran darah ke dalam jantung. Rutin berjalan kaki akan meningkatkan tahap kolesterol baik yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol jahat.

Mencegah angin ahmar
Satu penelitian dilakukan kepada individu yang sewaktu bekerja melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko serangan angin ahmar menurun hingga dua pertiga.

Membakar lemak
Kalori dan lemak berlebihan yang dibakar oleh aktiviti berjalan kaki menghalang kenaikan berat badan.

Melangsingkan badan
Pergerakan seluruh tubuh dari atas ke bawah memecahkan lemak yang ada di bahagian perut dengan syarat ia rutin jalan kaki dilakukan sekurang-kurangnya satu jam sehari.

Mencegah barah
Pergerakan seluruh badan melancarkan peristaltik usus, menjadikan proses buang air besar menjadi lebih teratur. Jalan kaki juga boleh menurunkan risiko terkena barah payudara.

Mencegah osteoporosis
Tubuh badan yang bergerak dalam waktu paling kurang 15 minit di bawah sinar matahari pagi akan terhindar dari osteoporosis.

Mencegah kencing manis
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah kencing manis khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk.

Mencegah kemurungan
Berjalan kaki dengan cepat boleh mengurangkan kemurungan dan menenangkan perasaan disebabkan hormon endorfin iaitu hormon kegembiraan dirembes keluar.

Kredit : ‎Farid Fahmi‎ to Kelab Diet Atkins [Malaysia]

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...