Sabtu, 13 Ogos 2016

Ketahui Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

Sperma Yang Sihat.Sperma yang sihat sangat penting untuk mendapatkan baka keturunan keluarga dalam mendirikan alam rumahtangga.
Seorang lelaki yang mempunyai volume sperma yang cukup banyak ternyata tidak menjamin ia mampu membuahkan sel telur wanita jika kualiti sperma yang sihat tidak dimiliki oleh lelaki tersebut, sekalipun hubungan intim dilakukan pada waktu subur.Untuk mendapatkan sperma yang sihat anda perlu mengetahui punca-punca yang menyebabkan sperma lemah. Tujuannya anda boleh mengatasi situasi ini pada masa akan datang.

Ciri-Ciri Sperma Yang Sihat

Kuantiti
Sperma yang sihat biasanya akan menghasilkan lebih daripada 15 juta/milliliter.Setiap daripada seorang lelaki berejakulasi paling kurang dalam 4 juta sperma yang ada di dalam air mani yang keluar. Jadi, semakin banyak jumlah sperma yang dihasilkan, bermakna semakin besar pula peluang untuk seorang wanita itu mengandung.

Kualiti
Kualiti sperma yang sihat pada seorang lelaki adalah yang mempunyai kepala berbentuk oval dan berekor panjang. Semakin banyak sperma yang berbentuk normal seperti ini, semakin besar kemungkinan anda untuk dikategorikan sebagai seorang lelaki yang subur.

Gerakan
Untuk mencapai dan menembusi sel telur, sperma seharusnya mampu berenang dan bergerak dengan cepat melalui leher rahim wanita dan saluran tuba.Bagi lelaki yang subur, terdapat 40 peratus atau lebih sperma yang akan bergerak masuk ke rahim untuk membuahkan sel telur. Kepantasan sel sperma ketika berenang sangat penting, kerana perjalanan sperma mencapai sel telur mengambil masa yang agak panjang.

10 Punca Sperma Lemah
Pada zaman teknologi ini maka secara tidak sedar, lelaki banyak terdedah kepada punca penyebab sperma lemah. Kaum wanita perlu mengambil perhatian berkaitan perkara ini supaya anda boleh menasihati suami anda atau rakan tentang permasalahan ini.

Antara penyebab sperma lemah adalah kerana:
1. Berkeadaan Panas
Kebiasaanya testis lelaki akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2. Kerap Berendam Air Panas
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama.

3. Suhu Badan Yang Meningkat Tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35% daripada biasa akibat suhu badan yang tinggi.

4. Radiasi Komputer Riba
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu sehingga mampu mencapai 35°c. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.

5. Memakai Seluar Yang Tidak Sesuai
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Maka akan menganggu sistem pembiakan dalam menjalankan fungsinya.

6. Pembesaran Pembuluh Darah
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

7. Radiasi Telefon Bimbit
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.

8. Kegemukan
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.

9. Perokok Tegar
Elakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.

10. Masalah Lain
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

Follow us: Gempak.org on Facebook

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...