Jumaat, 22 Januari 2016

Alamak!!!!!!

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kawen lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kawen lagi kot, kerana anak2 kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang sediakan.

Isteri : Habis kalau abang kawen lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita?

Suami : Yelah, sebab rumah ni mahal, takkan nak biarkan kosong macam tu je..

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

Suami : Ye yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia, nanti bilik ni membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksa la yang, sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kat kakak & adik awak lak, jadi drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aje.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh sebab dia suka handbag kale maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal....

Isteri : @#$%???????!!!!!!!!!!!

Suami : (dalam hati) Alamak!!!!!!

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...